Kakmek Confinement Care sangat komited memberikan dan menyediakan perkhidmatan Rawatan Selepas Bersalin yang terbaik buat para ibu yang baru melahirkan anak. Dengan ilmu dan kepakaran dalam urutan bersalin, Kakmek Confinement Care adalah pilihan yang terbaik untuk ibu mendapatkan rawatan bagi memulihkan serta merawat tubuh badan agar kembali sihat seperti sediakala. Rawatan Selepas bersalin Kakmek adalah gabungan rawatan tradisional moden dan kesan kebaikannya boleh dirasai seawal 3 hari selepas rawatan.
Disamping itu, kakmek confinement Care juga cekap dan mahir dalam mengendalikan bayi yang baru lahir.
Kakmek Confinement Care turut menyediakan Rawatan Penutup Pantang bagi memulihkan semangat serta menaikkan seri wajah ibu selepas berpantang. Mandian bunga juga merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan bagi memberi kesegaran serta menaikan seri dan aura positif ibu.
Manakala ibu yang keguguran juga boleh mendapatkan Rawatan Keguguran dari Kakmek Confinement Care. Ini kerana, ibu/ wanita yang mengalami keguguran haruslah berpantang serta dirawat seperti ibu yang baru bersalin supaya dapat memulihkan kesihatan tubuh badan dan mengembalikan semangat ibu.
10 PERUBAHAN YANG DAPAT DIRASAI DENGAN RAWATAN SELEPAS BERSALIN KAKMEK CONFINEMENT CARE
1. Menyihatkan tubuh badan
2. Mempercepatkan pemulihan rahim
3. Mengatasi kemurungan/meroyan
4.Menambahkan air susu (pada yang menyusukan bayi yang baru lahir)
5. Mencegah dari bentan
6. Merawat masalah rengat
7. Menstabilkan hormon
8. Mengurangkan stress
9.Mengawal serta menurunkan berat badan agar kembali langsing.
10. Meningkatkan aura positif ibu